Saturday, May 14, 2011

CUBA BACA DAN RENUNG2..

sekadar perkongsian..dipetik dari sebuah artikel..

Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.

Imagination is power than knowledge.
Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.

Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.

Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.

Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
Kenapa aku mahukannya?
Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.



Cakap tidak serupa bikin.

Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakananda? Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...

Tuesday, January 25, 2011


Bismillah. Ciri-Ciri BF(Boyfriend) Terbaik. okay taknak cakap banyak nanti panjang.eh dah panjang pon . hee :D tarik nafas dalam-dalam, kosongkan fikiran dan bukak minda anda sebelum baca. fuhh here we go~

1. Boyfriend vs hp
ada sejenis spesies bernama pakwe ni kan, dia kan susah giler babai nak mesej/text/sms awek dia. susah nak tanya khabar. susah nak hantar sekeping mesej yang berharga RM0.01 sen(active10). purata dorang bertanya khabar antara 4mggu sekali. maksudnya, sebulan sekali.call? lagila susah.kalau ada pon asyik-asyik nak supersavers tengah2 malam.ye la murah kan. jimat kos kan.tp kdg2 awek-awek dorang yang call dorang kan. ye la, da syg kan. pakwe kan.pakwe tetap terbaik di mata mereka kononnya. amboi, dulu-dulu masa tengah usha tengah tackle awek ko tuh bukan main 24 jam sehari pon cam tak cukup nak text , sambil buat keje pon bleh je mesej awek tu. sebelah tgn pegang hp, sebelah tangan angkat peti sejuk pon boleh jerr. tapi lepas couple or 5 bulan lps couple? hampeh. sebulan sekali call pon susah! Oh, dia sedang berjimat rupanya. dimaafkan.

2. Boyfriend vs Busy
ada jgk bf yang asyik busy jerr.BUSY BUSY BUSY. yang ni agak berkaitan dengan yang no.1 kat atas. kalau mula-mula couple(slalunya first 3month) tiap pagi ada mesej 
"Good Morning Sweetheart" "Good morning baby." "Selamat Pagi Sayang".
 sehari ada la 10x tanya "da mkn keww?" "napew ta mkn lgi niew, nanty sakit pewut I yg susa"(gaya sms zaman skrg) and blalablabla so  on .tapi lepas 3bulan couple situasi dah berubah dah. hantar mesej pagi, dia balas tgh malam time nak tdo. bila awek complain sikit depa jawab : "Tolongla U!U ni kenala paham I! I busy! eii tak pernah nak memahami pakwe! bosan la U ni!". pastu ada la tu kan pakwe yang gi buat sesi kaunseling+luahan perasaan secara free dengan sape-sape kan. ehem.waklu, dulu-dulu boleh je korang text dia 24hours sampai dia kena korban masa makan, masa tido sume. kalau dulu boleh skrg tak boleh pulak kan? 

3.Boyfriend vs FB
memandangkan skrg zaman moden kan, sume org ade la Facebook kononnya. takde masalah la FB tuh, tapi penggunanya banyak yang bermasalah OK. Dan apabila BF Terbaik kita bertemu FB, ada yang OK. yang OK tanak citer beb . Boring. nak citer kalau yang tak OK. awek bukan main la tunggu mesej dari pakwe yang tak kunjung tiba,ingatkan bz ke apa kan tengok-tengok terpacul nama ngah seronok on9. Button hijau FB pon menyala penuh(maknanya tengah seronok on9 dengan tegar). tapikan, mesej awek tak bls. sekali bukak wall. Okay, awek sangat suka tengok. penuh wall to wall dengan pompuan yang baru kenal. oh ada sesi perkenalan di situ, dengan ayat gedik sekali. Ini memang terbaik lah kan. bila kita cakap GEDIK, dorang cakap:"BUKAN AYAT GEDIK LAH MANGKUK, ITU LAH BERBUDI BAHASA. BUDI BAHASA KAN AMALAN LELAKI MALAYSIA RAKYAT MALAYSIA.cuba kalau ada jantan post something kat wall kita yang ayat ramah tamah n berbudi bhs jugak, orang first yang sepantas selaju cahaya pegi sound of course la BF Terbaik kita kan.time tuh slogan BUDI BAHASA AMALAN KITA entah kemana lah pulak kan. pffftt

4. Boyfriend vs Sorry
 ada jugak BF yang jenis suka mintak maap pastuh buat lagi lagi dan lagi. yang ni at least suka minta maaf walaupon buat lagi. ada jugak yang tak pernah nak mengaku salah kan, semua dia yang betul. kalau dia buat apa-apa takpe, ada intention tersembunyi, untuk kebaikan bersama, katanyaa kan. Ada jugak yang suka mintak maaf dengan gaya sinis macam ni: "Yela yela, saya sedar saya la yang salah semuanya. awak tu baik macam malaikat, awak tak pernah ada silap.awak perfect. saya ni jahat, teruk, tak guna, bullshit semua saya saya mintak maaf zahir batin banyak-banyak dari hujung rambut ke hujung kuku kaki" nak je jawab. "Sedar pon diri".Ada jugak yang jenis tak sedar bila dah buat salah, dia ingat awek dia patung tanpa perasaan kan, gini la jadinya. apa-apa nak buat tak pernah nak pikir perasaan awek dia , yang penting dia je bahagia. citpoodaa banyak cantik muka ko. then bila nak kena tinggal baru la menggelabah, update status emo kat FB sume kan. 

5. Boyfriend vs Pessimism 
Yang ni lagi mengada-ngada tahap kuda. Pessimism ni ala-ala suka pandang rendah or tengok orang lain dengan negative.selalunya mereka ni suka pndang rendah dengan org lain,susah nak puji orang,  lagi tepat, BF macam ni tak pandai nak jaga hati orang. kalau orang lain takpela jugak, ni dok kutuk awek sendiri. tak pernah nak memuji sikit pon. takleh pakai punya balak . ada-ada je dia complain sal awek dia contohnya kalau awek dia masak something, respond dia: "Adik I leh buat yang lagi sedap dari ni tau.." , "U ni boleh tak diet sikit, I malula nak jalan dengan u!"(nada serius). "Apasal banyak jerawat sangat ni?! Meh I gonyoh guna kertas pasir!!"(ni takde hati perut) "U ni hitamla, cuba la pakai produk kecantikan sikit. Safi Balqis ke, sabun susu kambing ke, mandi bunga ke. biar berseri sikit.(dengan ekspresi wajah pelik n xbape hensem okay). mereka cakap ini komen membina. OK fine, ini KUTUKAN MEMBINA. membina la sangat kan sampai awek kekenyangan makan hati, kadang-kadang ni bleh menurunkan self esteem sesorang tau tak? reti tak?

6.Boyfriend vs Syok Sendiri
yang ni sumpah lawak tapi buat kita rasa macam errghhh. tak tau la nak cakap hapee. tau tak syok sendiri tu mcm mana?macam ni, kalau pegi dating dari pagi sampai petang dok sebok gtau sal dia je, kalau sehari takpelaa. tapi ni hari-hari beb. "I ni kalau gi mana-mana sume pompuan pandang", "orang cakap bertuah sape dapat couple ngan I tau", "U tau kan I lahir bulan Dec,ahli nujum negara cakap sape lahir bulan doblas ni nanti kaya,baik hati, penyayang, responsible, bla bla bla..kesimpulannya U kenala jaga I elok-elok,jgn sampai I dirampas pompuan lain". Ayat ni boleh buat kita rasa macam nak hantuk kepala kat dinding okay. "U tak rasa Mana lagi U nak cari BF macam I? takkan ade da syg.. mana nak jumpa BF hensem lagi, baik lagi, kaya lagi macam I. Satu dlm sejuta ni.." *pengsan*

7.BF vs stylo
Ni susah gak, sume barang dia nak branded. Baju nak Paul Smith, Jeans kena Levi's, topi kena Ed Hardy, Jaket merempit Empirio Armani, kasut Nike purfume, purfume Hugo Boss and bla bla bla *boring*. sampai awek tak tahu nak bagi apa time birthday, ye la pakwe dia mahal sangat kan. Pasar malam? Pandang seblah mata. Pasar Borong? tak pandang langsung. Bundle? TAK NAK. Wakaf Che Yeh? Tak pernah dengar! tapi apa nak buat kan, dah dorang allergic kan, kalau pakai baju-baju murah nanti kena infection. lagi teruk kalau sampai tahap menyekat kebebasan awek dia nak berbaju murah. ada jugak tau BF jenis camni tau. BEWARE LADIES.jangan sampai dia menyekat kebebasan kita nak menikmati shopping baju-baju murah lagi cantik di mana-mana (Wakaf Che Yeh especiallynya) 

8.BF vs sensitif
Yang ni pon bikin rimas dan panas! muka dah rock cam Awie, badan pon sasa, rambut panjang cam Amy Search dulu-dulu.tapi.... sikit-sikit merajok, sikit-sikit touching. lambat call, tutup hp. tak angkat call terus nangis. gaduh sikit buang fon dalam sungai.campak kat dinding. then ada jugak buat drama ugut-mengugut, time gadoh sikit jer bg mesej:
"I nak pegi kat jalan kete api ni..jangan cari I and jangan bagitahu sesape I kat mana." , 
"I kat depan lori tayar 16 ni, baik U jujur U sayang I for real ke main-main jerr!!" 
"Biarkan I bersendiri buat hari ni..esok panjang umur jumpa lagi.. maafkan I kerna tak dpt menjadi yang terbaik untukmu tapi I sayang U,andai I pergi..janganla bersusah hati" (tapi tak sampai 1 jam kena pujuk dah lentok). tak rock betol pakwe macam ni kan.

9. BF vs Cemburu
Yang ni pulak cemburu tahap dewa dewi. Awek ada FB, dia suruh delete/deactivate. dia ade FB takpe jer. ada jugak yang mintak password awek, nak spot check la kunun. kalau tak bagi dia bagi ayat ni : "kalau U jujur dengan I, percayakan I, U akan bg jer kan. apa susah? Akaun FB jer la! bukan no.akaun Bank! cepat bagi kalau tak kita putus, putus putus!" Awek pon dengan menyumpah seranah bagi je la kan, tu pon selepas delete segala mesej kawan lelaki yang peramah and hantar mesej kat semua orang "jangan contact I kat fb I,bapak I tengah guna!!" hehehe.  Awek ada kawan lelaki, dia marah maki hamun habis segala bukit. Tengok jantan komen FB awek, terus tuduh macam-macam. tapi yang tu kira OK laa..sebab ada jugak yang cemburu tahap buta,pekak,tuli sampai naik tangan kaki segala kat awek dia. macam kes dera tu. lepas tu boleh pulak mereka cakap : "Sorry la sayang, I sayang tahap gila babai kat U, sebab tu I xleh kawal perasaan bila jadi camni.. U tau kan, I janji tak buat lagi, Sumpah..I akan brubah bla bla bla " . ggrr. BLAH. 


10.Boyfriend vs BFF 
hahaha ni pon terbaik jugak. Manusia biasa la kan ada BFF(Bestfriend forever) . alaa, apa ni Ariesya, normal la kan ada bestfriend. yang tu normal sangat-sangat la awk! saya tak heran pon. Lelaki ada bestfriend lelaki? Lagi no hal. tak kesah. Lelaki ada BFF berlawanan jenis? itu pon kira biasa je kan. biasa la tuh Ariesya Nadhirawrr. so apa yang luar biasanya?yang luar biasanya, bila BF suka sangat-sangat citer pasal BFF dia kat awek, everything nak citer. kemesraan mereka , kerapatan mereka, citer citer citer sampai kita dengar pon naik muak tahap nak muntah sampai biru muka . pastuh sebuk je nak citer sal BFF dia tu sampai awek dorg tau every single thing sal BFF tuh, agak-agak sampai boleh buat sebuah buku biography sal BFF dia. and.. nak buat camne kan, pakwe korang sayang BFF dia. lagi best, kalau kat FB upload gambar macam ni:


SUMBER DARI ;  Blog cikgu Ariesya

Tuesday, January 18, 2011

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya","Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".